Perkongsian ilmu dari 3 orang pelajar yang bernama Syazlin Amira Bt Mohd Radzuan, Nurin Ilyana Bt Hishamuddin dan Nor Fazlin Ilyani Bt Jamaluddin yang sedang memburu ilmu di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang. Jangan pernah berhenti belajar, kerana hidup tidak pernah berhenti mengajar.
gerak
Thursday, 28 September 2017
KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Hal ini kerana,ia memberikan bnayak kelebihan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.
Jabatan Pendidikan Tinggi (2003) telah meletakkan standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai reka bentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi:
- kemahiran berfikir,bertindak mengadaptasi ,menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
- kemahiran interpersonal dan berkomunikasi
- kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
- kemahiran kepimpinan
- kemahiran keusahawanan
Kemahiran generik juga dikenali sebagai kemahiran insaniah ,modal insan dan soft skills.Penerapan kemahiran generik dapat membantu pelajar meningkatkan diri mereka dalam pelbagai aspek.
DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK
kemahiran generik adalah kemahiran umum ,kualiti serta kebolehan yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka.
Kemahiran generik terbahagi kepada lima iaitu:
- kemahiran berfikir
- kemahiran belajar
- kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
- kemahiran menilai dan mentafsir
- kemahiran pemudahcaraan
KEMAHIRAN BELAJAR
Belajar merupakan perkara yang amat sinonim dengan bidang pendidikan. Dalam pendidikan biasanya melibatkan dua pihak iaitu tenaga pengajar iaitu guru atau pensyarah dan pelajar.
Sebagai seorang guru mereka seharusnya mempunyai setiap kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini selain daripada ilmu pengetahuan tentang perkara yang berkaitan dengan apa-apa yang diajar. Menurut Mok Soog Sang (2003), penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran teknologi dan komunikasi serta kemahiran mentaksir dan menilai dalam pengajaran.
Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, salah satu kemahiran penting yang perlu ada bagi setiap guru atau pelajar adalah kemahiran belajar.
Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar? Kemahiran belajar merupakan kaedah yang sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Terdapat pelbagai jenis kemahiran belajar antaranya ialah kemahiran untuk mendengar, membaca mencatat nota, menulis, menghafal, berkomunikasi, kemahiran mencari maklumat, menyelidik, kemahiran menyoal atau bertanya serta kemahiran menyelesaikan masalah.
Bagi kemahiran yang pertama yang perlu dikuasai dalam kemahiran belajar ialah kemahiran mencari maklumat. Semasa proses mencari maklumat berlaku, seseorang individu itu perlu mempunyai kemahiran untuk mencari buku di perpustakaan, kemahiran untuk berkomunikasi, kemahiran hidup serta mestilah bijak mencari maklumat melalui sumber yang bercetak atau bukan bercetak. Sumber yang bercetak ialah melalui buku, majalah, surat khabar manakala bukan bercetak ialah melalui media sosial seperti laman web, blog dan sebagainya.
Pendekatan yang boleh dilakukan semasa mencari maklumat ialah dengan menjadi pendengar yang aktif dan efektif, sentiasa mencatat nota, membuat rujukan serta dengan cara menemubual seseorang yang merupakan salah satu perkara yang termasuk dalam kemahiran berkomunikasi.
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUMPUL MAKLUMAT DALAM P&P
Kemudian, semasa dalam kemahiran belajar juga terdapatnya kemahiran untuk menyoal. Konsep bagi kemahiran menyoal atau bertanya ini adalah satu pendekatan ilmiah untuk mendapatkan tindak balas daripada individu atau kelompok lain. Tujuan kemahiran bertanya ini adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan proses menyoal untuk menghasilkan penyelidikan atau kerja tugasan. Selain itu, is berfungsi untuk kita berfikir secara berkesan melibatkan gaya pemikiran yang kritis, kreatif dan analistik untuk menyelesaikan masalah pembelajaran atau semasa proses menyiapkan tugasan
ASAS KEMAHIRAN MENYOAL
Seterusnya, kemahiran belajar juga mengandungi aspek kemahiran menganalisis maklumat seperti menganalisis idea, kerja, penyelesaian bagi sesuatu masalah, kaedah bagi sesuatu perkara dan sebagainya. Dalam proses menganalisis maklumat, individu itu perlu mempunyai kebolehan mentafsir, menilai kesahihan, menganalisis dan merumus maklumat.
TEKNIK TEKNIK MEMPROSES MAKLUMAT
Beberapa langkah yang dapat disertakan semasa menganalisis maklumat adalah :
Langkah 1 : Menghubung kait fakta
Langkah 2 : Mengsintesis data
Langkah 3 : Membanding fakta
Langkah 4 : Membaca apa yang tersirat
Langkah 5 : Membuat kesimpulan
Apakah kepentingan semasa menganalisis maklumat ?
1. Dapat membina kemahiran memperoleh dan memproses maklumat, meneroka serta mencari dan menilai maklumat semasa tugasan dilaksanakan.
2. Proses mengumpul dan membina kefahaman maklumat dapat diaplikasikan dengan membuat nota ringkas, peta minda dan pengurusan grafik
.
3. Membantu pelajar menghasilkan pelbagai maklumat yang sesuai dengan subjek dan keperluan pembelajaran.
Kesimpulannya, kemahiran belajar amat penting untuk diaplikasikan oleh para pelajar dan peranan guru itu sendiri untuk menerapkan kemahiran belajar dalam diri pelajar agar memberikan impak yang positif kepada para pelajar.
Seterusnya, kemahiran belajar juga mengandungi aspek kemahiran menganalisis maklumat seperti menganalisis idea, kerja, penyelesaian bagi sesuatu masalah, kaedah bagi sesuatu perkara dan sebagainya. Dalam proses menganalisis maklumat, individu itu perlu mempunyai kebolehan mentafsir, menilai kesahihan, menganalisis dan merumus maklumat.
TEKNIK TEKNIK MEMPROSES MAKLUMAT
Beberapa langkah yang dapat disertakan semasa menganalisis maklumat adalah :
Langkah 1 : Menghubung kait fakta
Langkah 2 : Mengsintesis data
Langkah 3 : Membanding fakta
Langkah 4 : Membaca apa yang tersirat
Langkah 5 : Membuat kesimpulan
Apakah kepentingan semasa menganalisis maklumat ?
1. Dapat membina kemahiran memperoleh dan memproses maklumat, meneroka serta mencari dan menilai maklumat semasa tugasan dilaksanakan.
2. Proses mengumpul dan membina kefahaman maklumat dapat diaplikasikan dengan membuat nota ringkas, peta minda dan pengurusan grafik
.
3. Membantu pelajar menghasilkan pelbagai maklumat yang sesuai dengan subjek dan keperluan pembelajaran.
Kesimpulannya, kemahiran belajar amat penting untuk diaplikasikan oleh para pelajar dan peranan guru itu sendiri untuk menerapkan kemahiran belajar dalam diri pelajar agar memberikan impak yang positif kepada para pelajar.
Link yang berkaitan dengan kemahiran belajar:
- Slide kemahiran belajar
- kemahiran generik
- Pengenalan kemahiran generik
- Kepentingan kemahiran belajarl
disediakan oleh :Syazlin Amira binti Mohd Radzuan
IPGKTAA PPISMP PAI 2017
Wednesday, 27 September 2017
KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap
dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat
kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
KONSEP BERFIKIR
- Edward de Bono ( 1976 )
- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. - Dewey ( 1910 ) menegaskan :
- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. - Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang
memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.
Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.
PROSES BERFIKIR
Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda
seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
- Operasi Kognitif
- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain. - Operasi Meta kognitif
- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir
PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR
- Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi
semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
- Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
- Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika
inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
- Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan
berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan
pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
- Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri
tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
- Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry
- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.
Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner
- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;
- Kecerdasan linguistik
- Kecerdasan logical-matematik
- Kecerdasan visual-Spatial
- Kecerdasan muzik
- Kecerdasan tubuh kinestetik
- Kecerdasan interpersonal
- Kecerdasan intrapersonal
Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.
Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali
- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.
Teori Konstruktivisme
- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.
ALAT BERFIKIR
- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Pemikiran terbahagi kepada 4:
- PEMIKIRAN KONVERGEN
- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.
Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.
- PEMIKIRAN DIVERGEN
- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan
memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia
merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai
sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang
banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang
berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai
pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal
supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan
luar biasa
- PEMIKIRAN REFLEKTIF
- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif
memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang
kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai
objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan
seterusnya.
Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain
Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain
- PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF
Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta
kognitif
Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada
Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
Kemahiran Berfikir adalah amat penting dalam kehidupan manusia seharian.
Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Dengan penggunaan
akal yang bijak manusia dapat membuat menghasilkan idea yang bernas. Selain
itu, meninggikan lagi keupayaan belajar kerana melaluinya pelajar dapat
mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran. Oleh itu, manusia
dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dengan lebih produktif
link berkenaan kemahiran berfikir:
- kemahiran berfikir dalam pendidikan,
- pengenalan kemahiran berfikir ,
- akhbar mengenai kemahiran berfikir
disediakan oleh :Nor Fazlin Ilyani binti Jamaluddin
IPGKTAA PPISMP 2017
KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KEMAHIRAN GENERIK
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,kemahiran
generik bermaksud kemahiran umum dan ciri-ciri khusus yang dimiliki sesuatu
kelompok.Pengajaran dan pembelajaran bestari menekankan kemahiran asas yang
dimiliki setiap pelajar.Kemahiran guru juga boleh membantu menyeronokkan proses
pengajaran dan pembelajaran.Contohnya,guru yang mahir bermain gitar boleh
memainkan alat itu ketika proses pengajaran sambil pelajar melagukan
syair.Keadaaan ini membantu guru menjalankan proses pengajaran dengan baik.
Menurut wikipedia,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)
atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Teknologi
maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan,mencari,memaparkan
maklumat mengenai sesuatu peristiwa.Penggunaan teknologi (ICT) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mampu memupuk dan menyemai semangat untuk
mempelajari dan menimba ilmu.
Teknologi maklumat dan komunikasi terbahagi kepada 4 mod.
1. TMK UNTUK TUTORIAL
Apa maksud TMK untuk Pembelajaran
Tutorial?
-Apabila TMK diguna untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
- · Pembelajaran ekspositori
- · Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan , babaknya oleh sistem
- · Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem
Bagaimana TMK diguna untuk pembelajaran
tutorial?
-perkakasan TMK yang selalu diguna untuk
pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisisan pendidikan (Courseware) sama
ada yang disimpan di dalam CD-ROM ,hard disk ataupun laman web intranet.
-istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk
menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P
Penggunaan TMK untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam
situasi berikut:
- · Guru terpaksa bertugas di luar kelas dan kelass diselia oleh guru ganti.Dalam situasi ini , guru tersebut boleh merancang pembelajaran menggunakan komputer.
- · Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam situasi ini , guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.
2. TMK UNTUK PENEROKAAN (EXPLORATORY)
Ianya digunakan untuk:
- · Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM , internet ,portal maklumat dan sebagainya
- · Mengalami ,mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
- · Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
Dalam pembelajaran penerokaan,murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima melalui TMK.
TMK untuk
penerokaan
|
TMK untuk
tutorial
|
Murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang
diterima melalui TMK
|
Murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal
dan ditentukan oleh sistem
|
Perbezaan antara TMK tutorial dan TMK penerokaan
TMK sesuai digunakan dalam situasi:
- · Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan
- · Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar
- · Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan
- · Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi
3. TMK SEBAGAI ALAT APLIKASI
TMK dikatakan diguna sebagai alat
aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran ,bukan
sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P.Contohnya penggunaan perisian
aplikasi pemprosesan kata di mana murid dapat hasilkan karangan pendek.
Perisian aplikasi khusus seperti editor
grafik,Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori
alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti
pembelajaran.
Contoh aplikasi:
4. TMK SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
TMK dikatakan sebagai alat pemudah
komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang
berbeza menghantar , menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk
seperti:
- · Teks
- · Grafik
- · Audio
- · Video
Terdapat 4 teknik untuk komunikasi
melalui TMK , iaitu:
- · Teknik seorang-sendirian
- · Teknik seorang kepada seorang
- · Teknik seorang kepada ramai
- · Teknik ramai kepada ramai
KELEBIHAN PENGGUNAAN
ICT DALAM PEMBELAJARAN
Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran
kendiri dan penerokaaan.Perkara ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai
medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM , internet , portal
maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain.
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua
mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi.ICT membolehkan murid dan
guru daripada lokasi yang berbeza menghantar , menerima dan berkongsi maklumat
dalam pelbagai bentuk unsur multimedia.
Melalui penggunaan ICT murid dapat menguasai pelbagai kemahiran
manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan , pangkalan data dan pembenatanagn dengan menggunakan
alat-alat teknologi.Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan
murid yang lebih bersedia dan yakin untuk menempuh alam pekerjaan.
Seterusnya,dengan menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar
akan menarik minat murid serta meningkatkan motivasi murid untuk
terus belajar dan memupuk semangat inkuiri dalam diri pelajar.Penggunaan ICT
dan multimedia dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang
pelajar untuk terus belajar kerana adanya aplikasi multimedia yang menarik.
ICT juga dapat membantu meningkatkan pemahaman dan mengekalkan
maklumat murid yang diperolehi melalui kaedah ulangan dan
penerokaan.Teknologi maklumat telah memudahkan
tugasan guru dan murid serta membantu murid-murid mempertingkatkan daya
ingatan.Apa yang didengar , dilihat dan dialami oleh murid lebih lama kekal
dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif.
Kelebihan-kelebihan
ICT ini dapat dibuktikan lagi dengan keratan akhbar Harian Metro yang bertajuk “ICT
tingkat kemahiran berfikir” pada 22 Ogos 2016.Menurut Pensyarah Kanan Jabatan
Sains Komputer Fakulti Sains Komputer
dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia ,Dr Nor Azura Husin berkata,kelestarian
penggunaan ICT secara terancag ,bersesuaian dan berfikrah sangat perlu bagi
meningkatan lagi kecekapan proses dan keberkesanan P&P
Selain itu,terdapat juga keratan akhbar yang
menceritakan tentang ICT iaitu akhbar Metro yang bertajuk “Ilmu Tanpa Sempadan”
pada 27 Jun 2016. Berdasarkan akhbar itu,P&P itu sebahagian daripada
pembaharuan dunia pendidikan negara yang menyasarkan perkongsian ilmu tanpa
sempadan. Sejajar dengan perkembangan pembelajaran dalam talian,proses P&P
turut berubah dan akses maklumat makin meluas dan mudah.
link akhbar:keratan akhbar "ilmu tanpa sempadan"
LANGKAH-LANGKAH YANG
DILAKUKAN OLEH KERAJAAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai
projek,antaranya:-
- · Projek Rintis Sekolah Bestari
- · Projek Schoolnet
- · Projek rintis sekolah bestari
- · Makmal pengkomputeran
- · TV pendidikan (TVP)
- · P&P Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
- · Mata pelajaran ICT diperkenalkan
- · Latihan ICT untuk guru
- · Projek Pengkomputeran Pengurusan
KPM juga telah melengkapkan lagi
kemudahan saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar melalui
kerjasama dengan Kementerian Tenaga , Air dan Komunikasi serta merangkaikan
infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi
tanpa wayar.
KESIMPULAN
Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi dugaan dan cabaran
dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat mengikut keadaan semasa.Fungsi guru
sebagai agen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat melalui ilmu
dan kemahiran yang dimilikinya.Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu
pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu bersesuaian dengan minat ,
bakat serta potensi pelajar sekaligus
dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan.Secara tidak langsung,ia dapat
melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang
digarapkan dalam dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Pada pandangan
saya,penggunaan ICT dalam pembelajaran amatlah mendatangkan kebaikan dan
manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu murid dan pengajar.Seiring dengan
kemajuan dunia pada zaman sekarang ,semuanya terletak di hujung jari.Murid
boleh mengakses maklumat yang diperlukan dalam sekelip mata sahaja yang mana
boleh dilakukan di mana-mana sahaja.Murid perlulah menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dengan bijak dan kreatif.Konsep pembelajaran sepanjang
hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasikan
impian kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dalam
menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.
link berkenaan kemahiran teknologi dan maklumat:
- Kemahiran ICT ,
- Akhbar mengenai "Meningkatkan penguasaan ICT guru ,
- kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
- video :Pembelajaran tentang Ict
Rujukan
Buku Bestari:pembestarian proses pengajaran dan pembelajaran karya R.Jeyagobi(2007)
Ab. Aziz Yusof (2009) Pembangunan modal insan teras pendidikan negara .Penerbit:Universiti Utara Malaysia.
Husin @Ibrahim Mamat (2007) Pemimpin era globalisasi.Dewan Bahasa dan Pustaka
http://multimediablo.blogspot.my/2009/12/kemahiran-teknologi-maklumat-dan.html?m=1
Disediakan oleh: Nurin Ilyana binti Hishamuddin
IPGKTAA PPISMP PAI 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)