gerak

SELAMAT DATANG KE BLOG PENDAKWAH CANTIK-AHLAN WASAHLAN

Thursday 28 September 2017

PANDUAN MENGHASILKAN BLOG



KEMAHIRAN GENERIK








Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Hal ini kerana,ia memberikan bnayak kelebihan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.

Jabatan Pendidikan Tinggi (2003) telah meletakkan standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai reka bentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi:

  • kemahiran berfikir,bertindak mengadaptasi ,menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
  • kemahiran interpersonal dan berkomunikasi
  • kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat
  • kemahiran kepimpinan
  • kemahiran keusahawanan


Kemahiran generik juga dikenali sebagai  kemahiran insaniah ,modal insan dan soft skills.Penerapan kemahiran generik dapat membantu pelajar meningkatkan diri mereka dalam pelbagai aspek.

DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

kemahiran generik adalah kemahiran umum ,kualiti serta kebolehan yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam  pelajaran dan kerjaya mereka.

Kemahiran generik terbahagi kepada lima iaitu:

  • kemahiran berfikir
  • kemahiran belajar
  • kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
  • kemahiran menilai dan mentafsir
  • kemahiran pemudahcaraan

KEMAHIRAN BELAJAR

Belajar merupakan perkara yang amat sinonim dengan bidang pendidikan. Dalam pendidikan biasanya melibatkan dua pihak iaitu tenaga pengajar iaitu guru atau pensyarah dan pelajar. 




Sebagai seorang guru mereka seharusnya mempunyai setiap kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini selain daripada ilmu pengetahuan tentang perkara yang berkaitan dengan apa-apa yang diajar.  Menurut Mok Soog Sang (2003), penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran teknologi dan komunikasi serta kemahiran mentaksir dan menilai dalam pengajaran.

   Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, salah satu kemahiran penting yang perlu ada bagi setiap guru atau pelajar adalah kemahiran belajar.




      Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar? Kemahiran belajar  merupakan kaedah yang sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Terdapat pelbagai jenis kemahiran belajar antaranya ialah kemahiran untuk mendengar, membaca mencatat nota, menulis, menghafal, berkomunikasi, kemahiran  mencari maklumat, menyelidik, kemahiran menyoal atau bertanya serta kemahiran menyelesaikan masalah.



    Bagi kemahiran yang pertama yang perlu dikuasai dalam kemahiran belajar ialah kemahiran mencari maklumat. Semasa proses mencari maklumat berlaku, seseorang individu itu perlu mempunyai kemahiran untuk mencari buku di perpustakaan, kemahiran untuk berkomunikasi, kemahiran hidup serta mestilah bijak mencari maklumat melalui sumber yang bercetak atau bukan bercetak. Sumber yang bercetak ialah melalui buku, majalah, surat khabar manakala bukan bercetak ialah melalui media sosial seperti laman web, blog dan sebagainya.

     Pendekatan yang boleh dilakukan semasa mencari maklumat ialah dengan menjadi pendengar yang aktif dan efektif, sentiasa mencatat nota, membuat rujukan serta dengan cara menemubual seseorang yang merupakan salah satu perkara yang termasuk dalam kemahiran berkomunikasi.

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUMPUL MAKLUMAT DALAM P&P






Kemudian, semasa dalam kemahiran belajar juga terdapatnya kemahiran untuk menyoal. Konsep bagi kemahiran menyoal atau bertanya ini adalah satu pendekatan ilmiah untuk mendapatkan tindak balas daripada individu atau kelompok lain. Tujuan kemahiran bertanya ini adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan proses menyoal untuk menghasilkan penyelidikan atau kerja tugasan. Selain itu, is berfungsi untuk kita berfikir secara berkesan melibatkan gaya pemikiran yang kritis, kreatif dan analistik untuk menyelesaikan masalah pembelajaran atau semasa proses menyiapkan tugasan



ASAS  KEMAHIRAN MENYOAL 




Seterusnya, kemahiran belajar juga mengandungi aspek kemahiran menganalisis maklumat seperti menganalisis idea, kerja, penyelesaian bagi sesuatu masalah, kaedah bagi sesuatu perkara dan sebagainya. Dalam proses menganalisis maklumat, individu itu perlu mempunyai kebolehan mentafsir, menilai kesahihan, menganalisis dan merumus maklumat.


TEKNIK TEKNIK MEMPROSES MAKLUMAT






Beberapa langkah yang dapat disertakan semasa menganalisis maklumat adalah :

Langkah 1 : Menghubung kait fakta
Langkah 2 : Mengsintesis data
Langkah 3 : Membanding fakta
Langkah 4 : Membaca apa yang tersirat
Langkah 5 : Membuat kesimpulan


Apakah kepentingan semasa menganalisis maklumat ?

1. Dapat membina kemahiran memperoleh dan memproses maklumat, meneroka serta mencari dan menilai maklumat semasa tugasan dilaksanakan.

2. Proses mengumpul dan membina kefahaman maklumat  dapat diaplikasikan dengan membuat nota ringkas, peta minda dan pengurusan grafik
.
3. Membantu pelajar menghasilkan pelbagai maklumat yang sesuai dengan subjek dan keperluan pembelajaran.


  Kesimpulannya, kemahiran belajar amat penting untuk diaplikasikan oleh para pelajar dan peranan guru itu sendiri untuk menerapkan kemahiran belajar dalam diri pelajar agar memberikan impak yang positif kepada para pelajar.





Link yang berkaitan dengan kemahiran belajar:
disediakan oleh :Syazlin Amira binti Mohd Radzuan
IPGKTAA PPISMP PAI 2017

Wednesday 27 September 2017

KEMAHIRAN BERFIKIR



KEMAHIRAN BERFIKIR


            Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.


KONSEP BERFIKIR

  • Edward de Bono ( 1976 )
    - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
  • Dewey ( 1910 ) menegaskan :
    - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
  • Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.


Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.




PROSES BERFIKIR


Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
  1. Operasi Kognitif
    - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
  2. Operasi Meta kognitif
    - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir


PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

  • Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.

  • Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

  • Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.

  • Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

  • Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.

  • Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry

- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.


Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner

- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

  1. Kecerdasan linguistik
  2. Kecerdasan logical-matematik
  3. Kecerdasan visual-Spatial
  4. Kecerdasan muzik
  5. Kecerdasan tubuh kinestetik
  6. Kecerdasan interpersonal
  7. Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.


Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali

- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.

Teori Konstruktivisme

- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.


ALAT BERFIKIR

- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.



JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran terbahagi kepada 4:





  •  PEMIKIRAN KONVERGEN


- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.


Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.

  • PEMIKIRAN DIVERGEN
- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa

  • PEMIKIRAN REFLEKTIF

- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain

  • PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF

Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif
Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada


KESIMPULAN

      Kesimpulannya, Kemahiran Berfikir adalah amat penting dalam kehidupan manusia seharian. Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat menghasilkan idea yang bernas. Selain itu, meninggikan lagi keupayaan belajar kerana melaluinya pelajar dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran. Oleh itu, manusia dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dengan lebih produktif



link berkenaan kemahiran berfikir:

 disediakan oleh :Nor Fazlin Ilyani binti Jamaluddin
IPGKTAA PPISMP 2017

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN GENERIK



   Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,kemahiran generik bermaksud kemahiran umum dan ciri-ciri khusus yang dimiliki sesuatu kelompok.Pengajaran dan pembelajaran bestari menekankan kemahiran asas yang dimiliki setiap pelajar.Kemahiran guru juga boleh membantu menyeronokkan proses pengajaran dan pembelajaran.Contohnya,guru yang mahir bermain gitar boleh memainkan alat itu ketika proses pengajaran sambil pelajar melagukan syair.Keadaaan ini membantu guru menjalankan proses pengajaran dengan baik.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)




   Menurut wikipedia, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan,mencari,memaparkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa.Penggunaan teknologi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memupuk dan menyemai semangat untuk mempelajari dan menimba ilmu.




 Teknologi maklumat dan komunikasi terbahagi kepada 4 mod.






1.   TMK UNTUK TUTORIAL


Apa maksud TMK untuk Pembelajaran Tutorial?

-Apabila TMK diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
  • ·         Pembelajaran ekspositori
  • ·         Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan ,    babaknya  oleh sistem
  • ·         Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

Bagaimana TMK diguna untuk pembelajaran tutorial?

-perkakasan TMK yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisisan pendidikan (Courseware) sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM ,hard disk ataupun laman web intranet.
-istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P

Penggunaan TMK untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:

  • ·         Guru terpaksa bertugas di luar kelas dan kelass diselia oleh guru ganti.Dalam situasi ini , guru tersebut boleh merancang pembelajaran menggunakan komputer.

  • ·         Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam situasi ini , guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.


 2.   TMK UNTUK PENEROKAAN (EXPLORATORY)

Ianya digunakan untuk:
  • ·         Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM , internet ,portal maklumat dan sebagainya
  • ·         Mengalami ,mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
  • ·        Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid

Dalam pembelajaran penerokaan,murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK.

TMK untuk penerokaan
TMK untuk tutorial
Murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK
Murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem

Perbezaan antara TMK tutorial dan TMK penerokaan


TMK sesuai digunakan dalam situasi:
  • ·         Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan
  • ·         Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah       kehidupan sebenar
  • ·         Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan
  • ·         Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi



 3.    TMK SEBAGAI ALAT APLIKASI

TMK dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran ,bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P.Contohnya penggunaan perisian aplikasi pemprosesan kata di mana murid dapat hasilkan karangan pendek.

 Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik,Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

Contoh aplikasi:

   4TMK  SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar , menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti:
  • ·         Teks
  • ·         Grafik
  • ·         Audio
  • ·         Video

Terdapat 4 teknik untuk komunikasi melalui TMK , iaitu:
  • ·         Teknik seorang-sendirian
  • ·         Teknik seorang kepada seorang
  • ·         Teknik seorang kepada ramai
  • ·         Teknik ramai kepada ramai


KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN




Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaaan.Perkara ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM , internet , portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi.ICT membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar , menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk unsur multimedia.

Melalui penggunaan ICT murid dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan , pangkalan data  dan pembenatanagn dengan menggunakan alat-alat teknologi.Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk menempuh alam pekerjaan.

Seterusnya,dengan menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar akan menarik minat murid serta meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar dan memupuk semangat inkuiri dalam diri pelajar.Penggunaan ICT dan multimedia dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar kerana adanya aplikasi multimedia yang menarik.

ICT juga dapat membantu meningkatkan pemahaman dan mengekalkan maklumat murid yang diperolehi melalui kaedah ulangan dan penerokaan.Teknologi maklumat telah  memudahkan tugasan guru dan murid serta membantu murid-murid mempertingkatkan daya ingatan.Apa yang didengar , dilihat dan dialami oleh murid lebih lama kekal dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif.


  
 Kelebihan-kelebihan ICT ini dapat dibuktikan lagi dengan keratan akhbar Harian Metro yang bertajuk “ICT tingkat kemahiran berfikir” pada 22 Ogos 2016.Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Sains  Komputer Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia ,Dr Nor Azura Husin berkata,kelestarian penggunaan ICT secara terancag ,bersesuaian dan berfikrah sangat perlu bagi meningkatan lagi kecekapan proses dan keberkesanan P&P


 Selain itu,terdapat juga keratan akhbar yang menceritakan tentang ICT iaitu akhbar Metro yang bertajuk “Ilmu Tanpa Sempadan” pada 27 Jun 2016. Berdasarkan akhbar itu,P&P itu sebahagian daripada pembaharuan dunia pendidikan negara yang menyasarkan perkongsian ilmu tanpa sempadan. Sejajar dengan perkembangan pembelajaran dalam talian,proses P&P turut berubah dan akses maklumat makin meluas dan mudah.



LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai projek,antaranya:-
  • ·         Projek Rintis Sekolah Bestari
  • ·         Projek Schoolnet
  • ·         Projek rintis sekolah bestari
  • ·         Makmal pengkomputeran
  • ·         TV pendidikan (TVP)
  • ·         P&P Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris          (PPSMI)
  • ·         Mata pelajaran ICT diperkenalkan
  • ·         Latihan ICT untuk guru
  • ·         Projek Pengkomputeran Pengurusan


KPM juga telah melengkapkan lagi kemudahan saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama dengan Kementerian Tenaga , Air dan Komunikasi serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.

KESIMPULAN

Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi dugaan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat mengikut keadaan semasa.Fungsi guru sebagai agen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat melalui ilmu dan kemahiran yang dimilikinya.Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu bersesuaian dengan minat , bakat  serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan.Secara tidak langsung,ia dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

 Pada pandangan saya,penggunaan ICT dalam pembelajaran amatlah mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu murid dan pengajar.Seiring dengan kemajuan dunia pada zaman sekarang ,semuanya terletak di hujung jari.Murid boleh mengakses maklumat yang diperlukan dalam sekelip mata sahaja yang mana boleh dilakukan di mana-mana sahaja.Murid perlulah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan bijak dan kreatif.Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasikan impian kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.


link berkenaan kemahiran teknologi dan maklumat:



Rujukan
Buku Bestari:pembestarian proses pengajaran dan pembelajaran karya R.Jeyagobi(2007)

Ab. Aziz  Yusof (2009) Pembangunan modal insan teras pendidikan negara .Penerbit:Universiti Utara Malaysia.


Husin @Ibrahim Mamat (2007) Pemimpin era globalisasi.Dewan Bahasa dan Pustaka

http://multimediablo.blogspot.my/2009/12/kemahiran-teknologi-maklumat-dan.html?m=1

Disediakan oleh: Nurin Ilyana binti Hishamuddin
IPGKTAA PPISMP PAI 2017

PANDUAN MENGHASILKAN BLOG