gerak

SELAMAT DATANG KE BLOG PENDAKWAH CANTIK-AHLAN WASAHLAN

Wednesday 27 September 2017

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN GENERIK



   Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,kemahiran generik bermaksud kemahiran umum dan ciri-ciri khusus yang dimiliki sesuatu kelompok.Pengajaran dan pembelajaran bestari menekankan kemahiran asas yang dimiliki setiap pelajar.Kemahiran guru juga boleh membantu menyeronokkan proses pengajaran dan pembelajaran.Contohnya,guru yang mahir bermain gitar boleh memainkan alat itu ketika proses pengajaran sambil pelajar melagukan syair.Keadaaan ini membantu guru menjalankan proses pengajaran dengan baik.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)




   Menurut wikipedia, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan,mencari,memaparkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa.Penggunaan teknologi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu memupuk dan menyemai semangat untuk mempelajari dan menimba ilmu.




 Teknologi maklumat dan komunikasi terbahagi kepada 4 mod.






1.   TMK UNTUK TUTORIAL


Apa maksud TMK untuk Pembelajaran Tutorial?

-Apabila TMK diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
  • ·         Pembelajaran ekspositori
  • ·         Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan ,    babaknya  oleh sistem
  • ·         Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

Bagaimana TMK diguna untuk pembelajaran tutorial?

-perkakasan TMK yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisisan pendidikan (Courseware) sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM ,hard disk ataupun laman web intranet.
-istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P

Penggunaan TMK untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:

  • ·         Guru terpaksa bertugas di luar kelas dan kelass diselia oleh guru ganti.Dalam situasi ini , guru tersebut boleh merancang pembelajaran menggunakan komputer.

  • ·         Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam situasi ini , guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.


 2.   TMK UNTUK PENEROKAAN (EXPLORATORY)

Ianya digunakan untuk:
  • ·         Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM , internet ,portal maklumat dan sebagainya
  • ·         Mengalami ,mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
  • ·        Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid

Dalam pembelajaran penerokaan,murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK.

TMK untuk penerokaan
TMK untuk tutorial
Murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK
Murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem

Perbezaan antara TMK tutorial dan TMK penerokaan


TMK sesuai digunakan dalam situasi:
  • ·         Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan
  • ·         Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah       kehidupan sebenar
  • ·         Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan
  • ·         Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi



 3.    TMK SEBAGAI ALAT APLIKASI

TMK dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran ,bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P.Contohnya penggunaan perisian aplikasi pemprosesan kata di mana murid dapat hasilkan karangan pendek.

 Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik,Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

Contoh aplikasi:

   4TMK  SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar , menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti:
  • ·         Teks
  • ·         Grafik
  • ·         Audio
  • ·         Video

Terdapat 4 teknik untuk komunikasi melalui TMK , iaitu:
  • ·         Teknik seorang-sendirian
  • ·         Teknik seorang kepada seorang
  • ·         Teknik seorang kepada ramai
  • ·         Teknik ramai kepada ramai


KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN




Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaaan.Perkara ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM , internet , portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi.ICT membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar , menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk unsur multimedia.

Melalui penggunaan ICT murid dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan , pangkalan data  dan pembenatanagn dengan menggunakan alat-alat teknologi.Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk menempuh alam pekerjaan.

Seterusnya,dengan menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar akan menarik minat murid serta meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar dan memupuk semangat inkuiri dalam diri pelajar.Penggunaan ICT dan multimedia dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar kerana adanya aplikasi multimedia yang menarik.

ICT juga dapat membantu meningkatkan pemahaman dan mengekalkan maklumat murid yang diperolehi melalui kaedah ulangan dan penerokaan.Teknologi maklumat telah  memudahkan tugasan guru dan murid serta membantu murid-murid mempertingkatkan daya ingatan.Apa yang didengar , dilihat dan dialami oleh murid lebih lama kekal dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif.


  
 Kelebihan-kelebihan ICT ini dapat dibuktikan lagi dengan keratan akhbar Harian Metro yang bertajuk “ICT tingkat kemahiran berfikir” pada 22 Ogos 2016.Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Sains  Komputer Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia ,Dr Nor Azura Husin berkata,kelestarian penggunaan ICT secara terancag ,bersesuaian dan berfikrah sangat perlu bagi meningkatan lagi kecekapan proses dan keberkesanan P&P


 Selain itu,terdapat juga keratan akhbar yang menceritakan tentang ICT iaitu akhbar Metro yang bertajuk “Ilmu Tanpa Sempadan” pada 27 Jun 2016. Berdasarkan akhbar itu,P&P itu sebahagian daripada pembaharuan dunia pendidikan negara yang menyasarkan perkongsian ilmu tanpa sempadan. Sejajar dengan perkembangan pembelajaran dalam talian,proses P&P turut berubah dan akses maklumat makin meluas dan mudah.



LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai projek,antaranya:-
  • ·         Projek Rintis Sekolah Bestari
  • ·         Projek Schoolnet
  • ·         Projek rintis sekolah bestari
  • ·         Makmal pengkomputeran
  • ·         TV pendidikan (TVP)
  • ·         P&P Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris          (PPSMI)
  • ·         Mata pelajaran ICT diperkenalkan
  • ·         Latihan ICT untuk guru
  • ·         Projek Pengkomputeran Pengurusan


KPM juga telah melengkapkan lagi kemudahan saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama dengan Kementerian Tenaga , Air dan Komunikasi serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.

KESIMPULAN

Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi dugaan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat mengikut keadaan semasa.Fungsi guru sebagai agen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat melalui ilmu dan kemahiran yang dimilikinya.Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu bersesuaian dengan minat , bakat  serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan.Secara tidak langsung,ia dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

 Pada pandangan saya,penggunaan ICT dalam pembelajaran amatlah mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu murid dan pengajar.Seiring dengan kemajuan dunia pada zaman sekarang ,semuanya terletak di hujung jari.Murid boleh mengakses maklumat yang diperlukan dalam sekelip mata sahaja yang mana boleh dilakukan di mana-mana sahaja.Murid perlulah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan bijak dan kreatif.Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasikan impian kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.


link berkenaan kemahiran teknologi dan maklumat:



Rujukan
Buku Bestari:pembestarian proses pengajaran dan pembelajaran karya R.Jeyagobi(2007)

Ab. Aziz  Yusof (2009) Pembangunan modal insan teras pendidikan negara .Penerbit:Universiti Utara Malaysia.


Husin @Ibrahim Mamat (2007) Pemimpin era globalisasi.Dewan Bahasa dan Pustaka

http://multimediablo.blogspot.my/2009/12/kemahiran-teknologi-maklumat-dan.html?m=1

Disediakan oleh: Nurin Ilyana binti Hishamuddin
IPGKTAA PPISMP PAI 2017

No comments:

Post a Comment

PANDUAN MENGHASILKAN BLOG