gerak

SELAMAT DATANG KE BLOG PENDAKWAH CANTIK-AHLAN WASAHLAN

Thursday 28 September 2017

KEMAHIRAN BELAJAR

Belajar merupakan perkara yang amat sinonim dengan bidang pendidikan. Dalam pendidikan biasanya melibatkan dua pihak iaitu tenaga pengajar iaitu guru atau pensyarah dan pelajar. 




Sebagai seorang guru mereka seharusnya mempunyai setiap kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini selain daripada ilmu pengetahuan tentang perkara yang berkaitan dengan apa-apa yang diajar.  Menurut Mok Soog Sang (2003), penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kemahiran pengintergrasiannya dengan kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran teknologi dan komunikasi serta kemahiran mentaksir dan menilai dalam pengajaran.

   Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, salah satu kemahiran penting yang perlu ada bagi setiap guru atau pelajar adalah kemahiran belajar.




      Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar? Kemahiran belajar  merupakan kaedah yang sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Terdapat pelbagai jenis kemahiran belajar antaranya ialah kemahiran untuk mendengar, membaca mencatat nota, menulis, menghafal, berkomunikasi, kemahiran  mencari maklumat, menyelidik, kemahiran menyoal atau bertanya serta kemahiran menyelesaikan masalah.



    Bagi kemahiran yang pertama yang perlu dikuasai dalam kemahiran belajar ialah kemahiran mencari maklumat. Semasa proses mencari maklumat berlaku, seseorang individu itu perlu mempunyai kemahiran untuk mencari buku di perpustakaan, kemahiran untuk berkomunikasi, kemahiran hidup serta mestilah bijak mencari maklumat melalui sumber yang bercetak atau bukan bercetak. Sumber yang bercetak ialah melalui buku, majalah, surat khabar manakala bukan bercetak ialah melalui media sosial seperti laman web, blog dan sebagainya.

     Pendekatan yang boleh dilakukan semasa mencari maklumat ialah dengan menjadi pendengar yang aktif dan efektif, sentiasa mencatat nota, membuat rujukan serta dengan cara menemubual seseorang yang merupakan salah satu perkara yang termasuk dalam kemahiran berkomunikasi.

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUMPUL MAKLUMAT DALAM P&P






Kemudian, semasa dalam kemahiran belajar juga terdapatnya kemahiran untuk menyoal. Konsep bagi kemahiran menyoal atau bertanya ini adalah satu pendekatan ilmiah untuk mendapatkan tindak balas daripada individu atau kelompok lain. Tujuan kemahiran bertanya ini adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan proses menyoal untuk menghasilkan penyelidikan atau kerja tugasan. Selain itu, is berfungsi untuk kita berfikir secara berkesan melibatkan gaya pemikiran yang kritis, kreatif dan analistik untuk menyelesaikan masalah pembelajaran atau semasa proses menyiapkan tugasan



ASAS  KEMAHIRAN MENYOAL 




Seterusnya, kemahiran belajar juga mengandungi aspek kemahiran menganalisis maklumat seperti menganalisis idea, kerja, penyelesaian bagi sesuatu masalah, kaedah bagi sesuatu perkara dan sebagainya. Dalam proses menganalisis maklumat, individu itu perlu mempunyai kebolehan mentafsir, menilai kesahihan, menganalisis dan merumus maklumat.


TEKNIK TEKNIK MEMPROSES MAKLUMAT






Beberapa langkah yang dapat disertakan semasa menganalisis maklumat adalah :

Langkah 1 : Menghubung kait fakta
Langkah 2 : Mengsintesis data
Langkah 3 : Membanding fakta
Langkah 4 : Membaca apa yang tersirat
Langkah 5 : Membuat kesimpulan


Apakah kepentingan semasa menganalisis maklumat ?

1. Dapat membina kemahiran memperoleh dan memproses maklumat, meneroka serta mencari dan menilai maklumat semasa tugasan dilaksanakan.

2. Proses mengumpul dan membina kefahaman maklumat  dapat diaplikasikan dengan membuat nota ringkas, peta minda dan pengurusan grafik
.
3. Membantu pelajar menghasilkan pelbagai maklumat yang sesuai dengan subjek dan keperluan pembelajaran.


  Kesimpulannya, kemahiran belajar amat penting untuk diaplikasikan oleh para pelajar dan peranan guru itu sendiri untuk menerapkan kemahiran belajar dalam diri pelajar agar memberikan impak yang positif kepada para pelajar.





Link yang berkaitan dengan kemahiran belajar:
disediakan oleh :Syazlin Amira binti Mohd Radzuan
IPGKTAA PPISMP PAI 2017

1 comment:

  1. Top 100 Casinos Near St Louis, MO
    Best St. Louis Casinos 2021. The 광양 출장샵 St. 통영 출장마사지 Louis casino is located 전주 출장마사지 in the neighborhood of 논산 출장마사지 Missouri's capital, MO. It is an independently 당진 출장샵 owned and operated

    ReplyDelete

PANDUAN MENGHASILKAN BLOG